Dasar Privasi

1. Pengenalan
HijauLestari komited untuk melindungi privasi pelanggan dan pengguna laman web kami. Dasar privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi maklumat peribadi anda.

2. Maklumat yang Dikumpul
Kami mungkin mengumpul maklumat berikut:
Nama penuh, alamat e-mel, dan nombor telefon anda
Alamat penghantaran dan pengebilan
Maklumat pembayaran (tidak disimpan di pelayan kami, diproses melalui penyedia pembayaran yang selamat)
Data tingkah laku di laman web (contohnya, halaman yang dilawati, produk yang dilihat)
Sebarang maklumat yang anda berikan melalui borang hubungan

3. Cara Maklumat Dikumpulkan
Kami mengumpul maklumat anda melalui:
Borang pendaftaran dan pembelian di laman web
Borang pertanyaan atau maklum balas pelanggan
Penggunaan kuki dan teknologi analitik


4. Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda
Maklumat anda digunakan untuk:
Memproses dan menghantar pesanan
Memberikan sokongan pelanggan
Menghantar tawaran dan promosi (jika anda bersetuju)
Menambah baik pengalaman pengguna di laman web kami
Mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan tempatan

5. Perlindungan Data Peribadi
Kami menggunakan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi data anda daripada akses yang tidak dibenarkan, penggunaan yang salah atau kehilangan data.

6. Pihak Ketiga
Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, kecuali yang diperlukan untuk pemprosesan pembayaran dan penghantaran.

7. Hak Pengguna
Anda berhak untuk:
Meminta salinan data peribadi anda
Mengemas kini atau membetulkan data anda
Memohon pemadaman maklumat anda (tertakluk kepada syarat perundangan)


8. Kemas Kini Polisi
Kami boleh mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa dan sebarang perubahan akan dikemas kini di laman web ini.

9. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang dasar privasi ini, sila hubungi kami:
📍 Alamat: 102, Jalan Taming Sari, 75400 Melaka, Malaysia
📞 Telefon: +60 3-2111 1110
📧 E-mel: [email protected]